Maraton Suatu Ketika... Warkah Terakhir (Bahagian 1)
30-Aug-2009, 12:00:00 PM
Genre: Drama
Language: Bahasa Malaysia
Cast: Beto Khushairy, Melissa Maureen, Sherry Merlis, Rambhli Hassan, Nam Roni, Sazzy Falak, Anita Baharom, Shahrolnizam, Fikree Bakar, Riz Ainuddin
Also Available: Episod 1-4 (August 30, 2009, Sunday, 12.00pm) Episod 5-8 (August 31, 2009, Monday, 12.00pm)
Kisah yang dianggar dalam tahun 1949 adalah mengenai seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang telah membunuh gabenor british ke Sibu bernama Duncan George Stewart dan telah digantung sehingga mati kerana perlakuan tersebut.
Episod 1
Pulang dari sekolah Rosli Dhoby dan kawan-kawannya, melihat beratus wanita dan laki Melayu memprotes hadapan pejabat kerajaan British menentang pemerintahan British. Walaupun tidak dipersetujui ayahnya, Rosli yang teruja dengan perjuangan mereka menyertai PPM, salah satu persatuan yang memprotes kedatangan British, bersama kawan-kawannya. Rosli dan kawan-kawnanya kemudian menawarkan diri mereka untuk menjadi guru sukarelawan di sebuah sekolah Rakyat. Di sana, mereka berjumpa dengan Norian, seorang guru sukarelawan. Tazuddin, kawan Rosli, terus menaruh hati kepada Norian. Pada masa yang sama, Awang Rambhli , ketua bahagian ketiga Persatuan Pemuda Melayu memberi cadangan agar mereka bertindak lebih aggressive menentang British. Cadangannya ditentang hebat oleh Mohd Sirat, ketua PPM.
Episod 2
Rosli dan kawan-kawannya menawarkan diri mengajar di sekolah Rakyat. Banyak masalah yang dihadapi mereka dalam mengajar terutama disebabkan kekurangan fasiliti. Dalam menyelesaikan masalah ini, mereka cuba meminta pembiayaan dari pihak Kerajaan British. Pada masa yang sama, Tazuddin semakin meminati Norian. Tetapi pada masa yang sama, Norian yang tidak mengetahui tentang kehadiran Ani dalam hidup Rosli, pula mula menaruh hati kepada Rosli. Pada masa yang sama, Awang Rambhli memanggil 12 lelaki yang dipercayai untuk membentuk sebuah kumpulan bernama Rukun 13, walaupun ditentang oleh ketua PPM, Mohd Sirat.
Episod 3
Tazuddin memberitahu Norian yang beliau menyukai Norian tetapi Norian menolak cinta Tazuddin. Ini menyebabkan Tazuddin menjauhkan dirinya daripada Norian. Rancangan Awang Rambhli untuk membunuh gabenor Sibu sentiasa dihalang oleh Mohd Sirat. Pada masa yang sama, cadangan yang dihantar oleh Rosli dan kawan-kawannya untuk Sekolah Rakyat ke kerajaan British ditolak menyebabkan Rosli dan kawan-kawannya sungguh marah. Rosli menjumpai Mohd Sirat dan meminta nasihat.
Episod 4
Mohd Sirat akhirnya meluluskan permintaan Awang Rambhli. Awang Rambhli pun merancang untuk membunuh Charles Noble Clark tetapi rancangan tergendalah apabila beberapa ahli Rukun 13 menarik diri. Awang Rambhli dan ahli Rukun 13 yang lain membuat perancangan yang lain dan mengambil keputusan untuk menarik Rosli Dhoby ke Rukun 13.
BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions