Notis Penyelenggaraan Sistem​

Kami akan menaik taraf sistem kami dari 12 Februari, 12:00 tengah malam hingga 16 Februari, 9:30 pagi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Sepanjang tempoh ini, siaran rancangan tidak akan terganggu, namun perkhidmatan berikut tidak akan tersedia secara berperingkat:


12 Februari, 12:00 tengah malam – 16 Februari, 9:30 pagi

Sebarang permintaan untuk menaik taraf Astro Box anda dan pengelolaan akaun baharu tidak dapat dipenuhi pada masa ini.


13 Februari, 10:00 malam – 16 Februari, 9:30 pagi

  • Sebarang perubahan pada akaun anda, termasuk butiran peribadi, bil dan pembayaran serta perubahan langganan tidak akan tersedia di mana-mana pautan.​
  • Menambah, mengaktifkan atau membatalkan mana-mana perkhidmatan penstriman tambahan (cth.: Netflix, Disney+ Hotstar, iQIYI).
  • Mengaktifkan Plug and Play Box anda.

15 Februari, 6:00 petang – 16 Februari, 9:30 pagi

Pembelian filem Pay Per View di Astro First dan On Demand tidak akan tersedia

Untuk mengurangkan sebarang kesulitan, sila lakukan permintaan anda secara layan diri atau berhubung dengan ejen sebelum 11 Februari 11:59 malam seperti di bawah:



Semasa kami menaik taraf sistem ini, anda masih boleh membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian, JomPAY atau melalui kaunter (cth., 7-11, Stesen Minyak, Pos Malaysia). Walau bagaimanapun, sebarang maklumat pembayaran dari 14 Februari akan tertera pada akaun anda mulai 17 Februari, selepas selesai aktiviti menaik taraf sistem. Jika anda membuat pembayaran untuk akaun anda yang telah terputus sambungan, sila berikan kami masa sehingga 6 jam dari tarikh pembayaran dibuat untuk akaun anda disambungkan semula.

Selepas menaik taraf system ini, sila berikan kami 6 sehingga 7 hari untuk memenuhi permintaan anda, termasuk kelewatan dalam penghantaran bil. Sila ambil maklum bahawa tarikh bil akan diselaraskan sewajarnya. Selain itu, anda mungkin diminta untuk mengesahkan semula ID Astro anda apabila anda log masuk ke akaun Astro di platform digital kami seperti www.astro.com.my, Astro GO, My Astro dan lain-lain. Ini akan memastikan anda telah disahkan sebagai pengguna sah akaun Astro.​

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan kami menghargai kesabaran dan kefahaman anda pada masa ini. Terima kasih.